KOTA SAMARAHAN, 21 Ogos 23: Seramai 66 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh PW I Stanley anak Nunot bertempat di Gelanggang Bola Keranjang 72 RSPMT. Perbarisan ini diketuai oleh PW II Aryzan bin Kusin, Sarjan Mejar Skuadron (SMS) Skuadron Komunikasi Taktikal.
Acara dimulai dengan nyanyian lagu Kor Rejimen Semboyan Diraja dan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan oleh SMR serta penyampaian amanat kepada semua peringkat anggota supaya sentiasa mengekalkan mutu disiplin yang tinggi dan menjaga keterampilan sebagai seorang anggota tentera.
SMR juga menegaskan kepada semua anggota 72 RSPMT agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan nama baik pasukan dan perkhidmatan.
Sumber: 72 RSPMT