KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2023: Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (JKHEW) RSD telah menganjurkan Seminar Wanita RSD mulai 15 hingga 17 Ogos 23 bertempat di Wisma Transit, Kuala Lumpur. Penganjuran kali ini melibatkan 60 peserta yang terdiri daripada 13 Pegawai dan 47 Anggota LLP RSD.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta seminar tentang perkembangan semasa wanita dalam perkhidmatan ATM amnya dan RSD khasnya. Objektif seminar juga adalah untuk meningkatkan esprit de corp dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan wanita RSD.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Kol Suhaila binti Dahalan, Penasihat 1 JKHEW RSD. Pengisian seminar adalah menjurus kepada pengetahuan kekeluargaan, jenayah siber, etika diri, penjagaan kesihatan diri, hibah dan faraid, taklimat Hal Ehwal Sumber Manusia serta lawatan ke Siber Siaga 2023.
Seminar ini turut diserikan dengan Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Pengarah Peperangan Informasi MDIO, Brig Jen Dr Mohamad Rudi bin Othman yang mewakili KPS telah menyampaikan amanat dan harapan yang diletakkan ke atas wanita RSD. Beliau seterusnya telah menyempurnakan penutupan Seminar Wanita RSD bagi Tahun 2023. Seminar ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Sumber: JKHEW RSD