KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts T.Azharan bin T.Putra telah melaksanakan Lawatan Teknikal Ke 72 RSPMT, Kem Muara Tuang.
Lawatan dimulai dengan perbarisan diketuai oleh Ketua Skuadron Komunikasi Taktikal, Mej Ahmad Zulfahmi bin Abd Ghani melibatkan 2 pegawai dan 48 anggota LLP di gelanggang Bola Keranjang 72 RSPMT. Perbarisan bermula dengan pemeriksaan perbarisan dan pemakaian pangkat bagi 15 anggota LLP yang dinaikkan pangkat dari Signalman ke Lans Koperal.
Acara diteruskan dengan sesi taklimat pasukan oleh Pegawai Memerintah berkenaan perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik di Bilik Mesyuarat 72 RSPMT. KPS juga turut ditaklimatkan berkenaan rancangan penempatan baru pasukan 72 RSPMT ke 801 RSAT Kem Penrissen dan rancangan penubuhan worksyop pasukan.
Sesi lawatan diteruskan dengan jamuan makan KPS bersama warga 72 RSPMT dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada KPS serta acara menandatangani buku lawatan.
Sumber: 72 RSPMT