KUCHING, 15 Ogos 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra telah melaksanakan Lawatan Teknikal ke 3 SSB, Kem Penrissen.
Lawatan dimulai dengan perbarisan yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trup Komunikasi, Kapt Nurul Natasha Amiera binti Alminizam melibatkan 1 pegawai dan 45 anggota LLP di Padang Kawad 3 SSB. Perbarisan telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, pemakaian pangkat bagi 2 anggota iaitu Kpl Wingdi ak Lapuk yang dinaikkan pangkat dari Kpl ke Pemangku Sjn dan LKpl Wilson Meringgai ak Dohan yang dinaikkan pangkat dari LKpl ke Pemangku Kpl serta penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022 kepada 7 anggota LLP pasukan.
Seterusnya sesi lawatan diteruskan dengan taklimat perkara gerakan, tadbir dan logistik yang disampaikan oleh Ketua Skuadron, Lt Kol Razian bin Abdul Rahim di Bilik Mesyuarat 3 SSB.
Acara diteruskan lagi dengan lawatan ke Stor Radio, Stor Teknikal dan Sesi Ramah Mesra serta jamuan makan di Gazebo 3 SSB. Lawatan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan.
Sumber: 3 SSB