KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra telah melaksanakan Lawatan Teknikal ke Rej Sem Div Pertama Inf (1 RSD), Kem Muara Tuang.
Ketibaan Ketua Pegawai Semboyan telah disambut oleh Pegawai Memerintah 1 RSD, Kol Nik Nahar bin Nik Mohd Isa.
Lawatan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Peg Gerakan Peperangan Informasi, Lt Kol Marvine anak Gep yang melibatkan 3 Pegawai dan 117 anggota LLP.
Acara diteruskan dengan taklimat pasukan kepada KPS berkenaan perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik. KPS juga turut ditaklimatkan berkenaan perolehan Multi Channel Radio System yang akan diterima oleh pasukan.
Seterusnya, acara menanam pokok telah disempurnakan oleh KPS di hadapan MK Rejimen sebagai salah satu simbolik kehadiran KPS ke pasukan ini. KPS juga diiring melawat ke sekitar kawasan pasukan seperti di MK Rejimen, Skn Kom Taktikal, Skn Kom Rangkaian dan Skn Bantuan.
Sesi lawatan diteruskan dengan jamuan minum petang KPS bersama warga 1 RSD di Dewan Makan pasukan dan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan.
Sumber: 1 RSD