KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi bertempat di pejabat PMT TD.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena Lawatan Teknikal KPS ke atas pasukan-pasukan RSD Zon Sarawak. Ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu komunikasi serta melihat sendiri kesiagaan komunikasi di Wilayah 2.
Majlis diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan pertukaran cenderahati.