PERLIS, 10 Ogos 23 : Seramai 62 calon pegawai dari formasi dan pasukan di bawah naungan Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) serta Markas Tentera Darat terlibat dalam Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapt ke Mej (Amali) Semboyan bagi Pusat Peperiksaan 2 Div bertempat di Padang Bola Kem 30 Bgd. Peperiksaan ini telah dianjurkan oleh Skuadron Semboyan Briged Ke 30 Infantri.
Pegawai Memerintah 2 RSD, Kol Liza binti Sakiran dilantik sebagai YDP Peperiksaan Kertas Semboyan telah meluangkan masa untuk meninjau pelaksanaan peperiksaan ini dijalankan.
Turut hadir Panglima 30 Bgd Inf, Brig Jen Yazid bin Yusuf bagi memastikan peperiksaan ini dilaksanakan dengan lancar dan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan.
Sumber: 30 SSB