SUNGAI BESI, 10 Ogos 23: Seramai 747 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Staf, Jurulatih dan penuntut IKED telah terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh PW I Sahardi bin Buntat bertempat di Padang Kawad Cawangan Rejimental IKED. Perbarisan ini telah diketuai oleh PW II Mohd Sofian bin Shaari.
Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Markas Latihan dan disusuli pemeriksaan perbarisan oleh SMR. Beliau telah menyampaikan amanat kepada semua anggota supaya sentiasa mengekalkan mutu disiplin yang tinggi dan menjaga keterampilan sebagai seorang anggota tentera. Perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental yang dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan warga IKED.
Selepas perbarisan, IKED telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2023 bertempat di Dewan Desatera Cawangan Rejimental IKED. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim. Mesyuarat ini membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran pasukan dan kebajikan anggota selain memberi perhatian terhadap cadangan serta usul baharu yang disuarakan oleh anggota demi kesejahteraan warga IKED.
Sumber: IKED