SUNGAI BESI, 28 Jul 23: Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah dilantik sebagai penganjur Seminar Logistik RSD tahun 2023. Seminar ini berlangsung selama 4 hari melibatkan 41 Pegawai, PTT Kanan dan PTT Rendah RSD yang mengisi perjawatan logistik di pasukan.
Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek pengurusan logistik melalui syarahan-syarahan disampaikan oleh Subject Matter Expert (SME) yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan. Selain itu juga, seminar ini turut memberi peluang dan ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam hal-hal logistik di pasukan.
Antara syarahan-syarahan yang telah disampaikan di dalam seminar ini adalah Pemantapan Pelaksanaan Prosedur Senggaraan Kem oleh MK TD - Cwg Log, Penyediaan Rancangan Perbelanjaan oleh PULNORD, Pemeriksaan Pakar JLJ dan Pakar Peluru oleh MPLTD - Kump JLJ dan 40 MKP, Army Inventory Management System (AIMS) oleh PUSTEKMA TD dan Keselamatan Siber oleh 99 RSPS.
Upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T. Azharan bin T. Putra di Bilik Malaysia IKED yang turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah pasukan. Dalam ucapan, KPS mengucapkan ribuan terima dan sekalung penghargaan kepada IKED yang telah berjaya menganjurkan seminar yang amat bermanfaat dan memenuhi keperluan dan kehendak peserta seminar.
Sumber: IKED