KUALA LUMPUR, 28 Jul 23 - Ketua Pegawai Semboyan Ke-18 merangkap Pengerusi Kor RSD Ke-9, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra buat julung kalinya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kor RSD ke-126 bertempat di Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan rejimental, permasalahan dan hala tuju pembangunan Kor RSD. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Presiden Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja (PVRSD), Kol Dato’ Hj Mohd Akram bin Hj Akhbar (Bersara) dan Pegawai-pegawai Kanan RSD sebagai Ahli Tetap JK Kor RSD ke-126.
Sumber: Jab RSD