JOHOR, 27 Jul 23: Lawatan Teknikal Ketua Pegawai Semboyan ke Skuadron Semboyan Briged Ketujuh Infantri (7 SSB) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Lawatan dimulakan dengan perbarisan yang diketuai oleh Kapt Ahmad Shahir bin Ismail melibatkan 1 pegawai dan 28 anggota LLP. Seterusnya sesi taklimat perkara gerakan, tadbir dan logistik yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Skuadron, Mej Siti Sarah binti Razali.
Acara diteruskan lagi dengan lawatan ke Stor Radio, Stor Teknikal, Pejabat Kripto dan Sesi Ramah Mesra serta jamuan makan di Garaj Pengangkutan pasukan. Ketua Pegawai Semboyan juga telah berbesar hati merasmikan Coffee Corner yang diberi nama Pronto JKing Lounge.
Lawatan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar.
Sumber: 7 SSB