KUALA LUMPUR, 12 Jul 23: Pemeriksaan Tadbir Tahunan Pasukan 56 RSPT (AW) telah dilaksanakan pada hari ini yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brigedier Jeneral Dato’ Ts. T. Azharan bin T. Putra.
Pemeriksaan Tadbir Tahunan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Leftenan Kolonel Faizal Hamdy bin Hj Hussin yang melibatkan perkara Am, Operasi, Latihan, Tadbir & Logistik. Acara diteruskan dengan lawatan di sekitar pasukan dan diakhiri dengan Jamuan Makan bersama semua Warga 56 RSPT (AW).
Dalam ucapan Ketua Pegawai Semboyan, beliau menasihati pasukan agar mengekalkan tahap disiplin dan imej yang baik tanpa sebarang laporan disiplin bagi menjamin kecemerlangan pasukan.
Pemeriksaan Tadbir Tahunan 56 RSPT (AW) di akhiri dengan acara menandatangani Buku Lawatan Pasukan.
Sumber: 56 RSPT (AW)