KANGAR, 11 Jul 23: Skuadron Semboyan Briged Ke-30 Infantri telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Trup 30 SSB pada 11 Julai 2023 bertempat di Perkarangan Bangunan Skuadron. Seramai 1 pegawai dan 19 anggota Lain-lain Pangkat terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas ini.
Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat, nyanyian lagu RSD dan pemeriksaan barisan oleh Ketua Trup dan seterusnya acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas. Ketua Trup 30 SSB iaitu Mej Ahmad Razali bin Mohamad Khalid telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Ketua Trup kelima yang baharu iaitu Mej Amran bin Mahmud dan disaksikan oleh Panglima 30 Bgd, Brig Jen Yazid bin Yusuf.
Turut hadir ahli Persatuan Veteran RSD Negeri Perlis.
Sumber: 30 SSB