KUALA LUMPUR, 10 JUL 2023: Pengerusi JKHEW RSD, Lt Kol Nurul Izzati Susie binti Abdullah bersama wakil AJK Kebajikan JKHEW RSD telah mengadakan Lawatan Kebajikan anggota wanita RSD, Sjn Hafiza binti Hilmi yang menghidap masalah Slipped Disc di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Lawatan seumpama ini adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan peg dan anggota LLP Wanita RSD. Pengerusi JKHEW RSD juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kata- kata semangat dan dorongan kepada anggota tersebut.
Sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan yang disempurnakan oleh Pengerusi JKHEW RSD.
Sumber: JKHEW RSD