KEM KEMENTAH, 30 Mei 23: Jab RSD telah mengadakan Lembaga Tapisan Kenaikan Pangkat Jenis Charlie dan Lembaga Penetapan Tred LLP RSD bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Operasi Semboyan.
Seramai 211 orang anggota LLP telah diluluskan untuk kenaikan pangkat oleh Ahli Lembaga siri ini yang dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Sumber Manusia, Lt Kol Ts. Hamdan bin Abd Rahman.
Lembaga Tapisan Kenaikan ini dilaksanakan bagi menapis dan meluluskan anggota LLP RSD yang telah disokong oleh pasukan untuk dinaikkan pangkat dari LKpl kepada Kpl mengikut kekosongan perjawatan semasa.
Turut hadir pada Lembaga ini adalah Penolong Pegawai Memerintah dan Ketua Skn pasukan RSD serta staf Sel Sumber Manusia Jab RSD.
Sumber: Jab RSD