SUNGAI BESI, 28 Mei 23: Mesyuarat Agung BAKAT Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) Tahun 2023 telah dilaksanakan di Bilik Malaysia yang dihadiri seramai 51 ahli BAKAT.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT, Lt Kol Sharifah Mona Lisa binti Syed Mohamad Hazam.
Agenda mesyuarat adalah taklimat pelaporan aktiviti BAKAT Tahun 2022, rancangan aktiviti BAKAT Tahun 2023, pelantikan AJK dan rancangan aktiviti BAKAT Gabungan MK PMBTD Tahun 2023.
Komandan, Kol Jaafar bin Haji Ibrahim dalam ucapan perasmiannya menekankan aktiviti BAKAT merupakan satu Command Function dalam perkhidmatan dan penglibatan ahli BAKAT dalam setiap aktiviti yang dirancang adalah satu perkara yang harus diambil berat. Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli BAKAT yang hadir serta kerjasama diberikan dalam segala aktiviti BAKAT yang dirancang.
Seterusnya, aktiviti BAKAT diteruskan dengan Ceramah Etika dan Keterampilan daripada Lt Kol Rozi binti Abbas merangkumi pendedahan berkenaan etika pergaulan dan pakaian jika menyertai majlis-majlis akan datang.
Acara diakhiri dengan jamuan tengah hari dan penyampaian cenderahati kepada ahli BAKAT bertukar keluar dan suami yang bersara dari perkhidmatan. Pengerusi BAKAT IKED dalam ucapan penutup menzahirkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan bakti sepanjang menjadi sebahagian daripada ahli BAKAT IKED dan berharap kerjasama dari ahli dalam perlaksanaan aktiviti bagi Tahun 2023.
Sumber: IKED