KOTA SAMARAHAN, 26 Mei 2023: Pemeriksaan Pakar Bomba Tentera Darat Tahun 2023 telah melaksanakan pemeriksaan di pasukan 72 RSPMT, Kem Muara Tuang melibatkan seorang pegawai dan 3 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Api Pasukan Lt Mohd Shahril bin Saldon.
Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai tahap kesiapsiagaan serta memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan tahap pengurusan keselamatan kebakaran di pasukan-pasukan TD.
Pemeriksaan fizikal dimulakan dengan memeriksa dokumen, buku rekod pemeriksaan pili bomba, buku rekod latihan tindakan kebakaran dan peralatan bomba pasukan.
Sumber: 72 RSPMT