KOTA SAMARAHAN, 13 Mei 23: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pasukan 72 RSPMT telah berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, Kota Samarahan yang dihadiri oleh semua peringkat anggota bersama keluarga.
Majlis ini merupakan aktiviti pasukan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim semua peringkat anggota dan BAKAT dalam menyemai sifat kekeluargaan.
Dalam majlis ini, sajian disajikan dengan konsep gerai yang disediakan oleh setiap skuadron. Acara diteruskan lagi dengan sesi karaoke antara anggota setiap skuadron dan Ahli BAKAT yang hadir.
Majlis sambutan diakhiri dengan pemberian duit raya oleh Pengerusi BAKAT kepada kanak-kanak yang hadir.
Sumber: 72 RSPMT