KEM IMPHAL, 12 Mei 23: 93 RSD telah menganjurkan Pertandingan Bola Tampar Piala Ketua Pegawai Semboyan yang telah bermula pada 9 hingga 12 Mei 23 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kem Imphal melibatkan semua pasukan gabungan dalam Rejimen Semboyan Diraja.
Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan juga kategori wanita.
Perlawanan akhir lelaki dan wanita telah berlangsung pada 12 Mei 23 yang mana telah menemukan Gabungan 93 RSD dan IKED. Tim Gabungan 93 RSD telah berjaya menjuarai kedua-dua kategori pertandingan tersebut.
Upacara penutup perlawanan akhir ini telah disempurnakan oleh Ketua Perisakan Semboyan, Kol Muhammad Zairy bin Musa turut dihadiri Pegawai Memerintah RSD sekitar Lembah Klang.
Sumber: 93 RSD