KUALA LUMPUR, 11 Mei 23: Jab RSD telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jab RSD bertempat di Perkarangan Jab RSD 2, Kem KEMENTAH.
Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk meraikan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama warga kerja khususnya yang bertugas di bawah Jab RSD sama ada warga tentera mahupun kakitangan awam.
Majlis ini turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan Markas TD, Pegawai-pegawai Kanan RSD, Ahli Wisma Perwira RSD, Persatuan Veteran RSD serta Jemputan Rakan Strategik.
Ketibaan jemputan disambut oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T. Azharan bin T. Putra sebagai tuan rumah dan Pegawai Kanan Jab RSD.
Kemeriahan sambutan majlis ini dilihat bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja Jab RSD semata-mata bahkan dapat meningkatkan moral dan semangat perpaduan di kalangan setiap individu tidak kira pangkat, bangsa dan agama.
Sumber: Jab RSD