SUNGAI BULOH, 14 Apr 23: 97 RSD telah diberikan tanggungjawab sebagai penganjur Majlis Berbuka Puasa RSD (Peringkat Zon Tengah) bersama Ketua Pegawai Semboyan tahun 2023. Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T. Azharan bin T. Putra telah sudi hadir meluangkan masa berbuka puasa bersama warga RSD Zon Tengah yang bertempat di Dewan Pancar Sakti MOSEP Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.
Majlis ini diadakan bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadhan serta Syawal yang bakal tiba serta mengeratkan silaturahim dan ukhwah di antara KPS bersama warga RSD Zon Tengah.
Terdahulu, ketibaan Ketua Pegawai Semboyan telah disambut oleh Pemangku Peg Mem 97 RSD iaitu Lt Kol Roslan bin Abd Rani, Pegawai Mem, Ketua Skn dan para pegawai RSD Zon Tengah.
Majlis dimulakan dengan Berbuka Puasa, Makan Malam, Solat Magrib, Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih berjemaah Surau MOSEP. Majlis diteruskan lagi dengan Jamuan Moreh dan penyampaian sumbangan kepada anggota dan waris mengidap penyakit kronik.
Ketua Pegawai Semboyan dalam ucapannya berharap agar seluruh warga RSD untuk mengambil kesempatan sebaik mungkin di bulan Ramadhan yang mulia untuk mengerjakan amal ibadah kerana ganjaran yang berlipat kali ganda. Selain itu, beliau juga turut mengucapkan Salam AidilFitri dan mengingatkan semua warga untuk sentiasa mengutamakan keselamatan ketika pulang ke Kampung dan semasa bertugas sempena cuti perayaan ini.
Majlis diakhiri dengan pertunjukkan bunga api dan seterusnya penyampaian cendera kenangan kepada Ketua Pegawai Semboyan.
Sumber: 97 RSD