KEM KEMENTAH, 14 Apr 23: 56 RSPT (AW) melaksanakan pemeriksaan ke atas semua jenis kenderaan persendirian milik warga 56 RSPT (AW ) yang dilaksanakan di Parkir Jab RSD 2.
Pemeriksaan dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan warga 56 RSPT (AW) sebelum pulang ke kampung halaman untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pemeriksaan bukan sahaja untuk melihat keadaan kenderaan malah turut melibatkan lesen memandu serta cukai jalan.
Warga 56 RSPT (AW) turut diberi peringatan supaya merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Sumber: 56 RSPT (AW)