KANGAR, 14 Apr 23: Ketua Trup Skuadron Semboyan Briged Ke-30 Infantri, Mej Ahmad Razali bin Mohamad Khalid menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) pasukan ke-15 bertempat hadapan bangunan pasukan.
Seramai 1 pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 30 SSB terlibat dalam perbarisan yang diketuai oleh Lt Mohammad Saifulamri bin Mohd Yusof, Pegawai Tadbir Pasukan.
Terdahulu, acara dimulakan dengan tabik hormat dan nyanyian lagu RSD serta diteruskan pemeriksaan barisan. Seterusnya, acara pemakaian pangkat 1 anggota Lain-Lain Pangkat dari Lans Koperal ke Pemangku Koperal.
Ketua Trup dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai dan anggota pasukan yang sentiasa memberi komitmen tinggi dalam melicinkan pentadbiran pasukan semenjak penubuhan Trup Semboyan Briged Sempadan pada 14 April 2008 sehingga ke 30 SSB sekarang.
Ketua Trup juga mengingatkan kepada semua warga akan sentiasa menghayati dan mengaplikasikan empat fokus Perintah Ulung Ketua Pegawai Semboyan Ke-18 dalam melaksanakan tugasan hakiki.
Sumber: 30 SSB