KUALA LUMPUR, 12 Apr 23: Seramai tiga belas PTT Kanan Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Dua Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman di Wisma Transit Kuala Lumpur.
PTD dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pegawai Waran Dua (PW II) yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Satu (PW I) dan berpesan untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh komited.
Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.
Syabas dan tahniah
Pantas dan Pasti
Sumber: Jab RSD