KUALA LUMPUR, 11 Apr 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri, Datin Zaleha binti Ayob telah meluangkan masa berbuka puasa bersama ahli Wisma Perwira RSD yang diadakan di Wisma Perwira RSD, Jalan Ampang.
Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi ukhwah serta mengeratkan silaturahim Ketua Pegawai Semboyan bersama warga wisma.
Ketua Pegawai Semboyan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada staf awam yang bekerja di wisma sebagai penghargaan kepada mereka.
Sumber: Jab RSD