KEM KEMENTAH, 11 Apr 23: Jab RSD telah mengadakan Lembaga Tapisan Kenaikan Pangkat Jenis Alpha dan Bravo bertempat Pusat Operasi Semboyan, Jab RSD.
Seramai 153 orang anggota LLP telah disenarai pendek dalam Lembaga Tapisan Kenaikan Pangkat siri ini yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Lembaga Tapisan Kenaikan ini dilaksanakan bagi menapis dan meluluskan anggota LLP RSD yang telah disokong oleh pasukan untuk dinaikkan pangkat dari P/Sjn sehingga P/PW I mengikut kekosongan perjawatan semasa.
Lembaga dimulakan dengan Taklimat daripada Sel LLP dan seterusnya diakhiri dengan temuduga akhir oleh ahli panel lembaga.
Turut hadir pada Lembaga ini adalah Pegawai Memerintah pasukan RSD, wakil Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat dan Staf Sel Sumber Manusia Jab RSD.
Sumber: Jab RSD