SUNGAI BESI, 5 April 2023: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Kol Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Turut mencemar duli, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Majlis dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa diikuti Solat Maghrib, Santapan Malam, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih berjemaah. Diakhir majlis turut diadakan Moreh.
Seramai 200 orang warga RSD dan KJLJD yang terdiri daripada Pegawai, SMR Kor RSD dan KJLJD serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah hadir ke majlis ini. Turut hadir adalah Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob, Pengerusi KJLJD, Brig Jen Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan isteri Puan Norazizah binti Mamat serta Pengarah KJLJD, Brig Jen Ir. Dr. Hj Shahril bin Hj Ahmad dan isteri Puan Hjh Norita binti Hj Zulkifly.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU, DAULAT TUANKU.
Sumber: Jab RSD