MELAKA, 4 Apr 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T. Azharan bin T. Putra telah meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Rejimen Semboyan Diraja dan Veteran RSD peringkat Zon Selatan yang diadakan di Rejimen Semboyan Divisyen Ketiga Infantri, Kem Terendak.
Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi ukhwah serta mengeratkan silaturahim bersama warga Zon Selatan yang terdiri daripada gabungan 3 RSD, 1 SSB, 4 SSB (Mek), 7 SSB, 10 SSB (Para) dan 21 SS GK. Selain itu, Veteran RSD, Ketua Skn PT Selatan dan Pentadbir Sistem P4 bawah Formasi 3 Div turut dijemput dalam majlis yang dianjurkan ini.
Ketibaan Ketua Pegawai Semboyan telah disambut oleh Peg Mem 3 RSD, Ketua Skuadron serta Pegawai 3 RSD dan kemudiannya ke La Mirage untuk Taklimat Hala Tuju Multi Chanel Radio System (MCRS) yang disampaikan oleh wakil Syarikat Softlab. Seterusnya Ketua Pegawai Semboyan telah dipertontonkan demonstrasi keupayaan atur gerak MCRS sebelum meluangkan masa untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta terawih berjemaah.
Ketua Pegawai Semboyan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan wang khairat kematian dan sumbangan bagi anggota yang mempunyai anak menghidap sakit kronik kepada warga Zon Selatan.
Sumber: 3 RSD