CYBERJAYA, 31 Mac 23: Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa sempena HUT 56 RSPT (AW) Ke-46 telah diadakan di TM Kompleks Cyberjaya.
Majlis ini dimulai dengan bacaan Yaasin dan Tahlil yang diketuai oleh Mej Mohd Naim bin Hj Ahmad Al Hafiz dari MK TD-Seksyen Agama. Majlis kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib, Jamuan Berbuka Puasa, Solat Isyak, Solat Tarawih dan Solat Witir. Majlis diakhiri dengan Jamuan Moreh dan Upacara Memotong Kek.
Komander 56 RSPT (AW), Kol Dato’ Shazril Imri bin Mokhtar dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga 56 RSPT (AW) kerana telah berjaya mengharungi 46 tahun kewujudan dengan jayanya dan atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan.
Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra, pegawai-pegawai kanan RSD dan Veteran 56 RSPT (AW).
Sumber: 56 RSPT (AW)