Mersing, 20 Nov 23 - Pasukan telah mengadakan Hari Pengajian 21 Skuadron Semboyan Gerak Khas bertajuk Pengenalan kepada Terrorisme pada 20 Nov 23 di Teratak Camar Southern yang melibatkan kehadiran 2 orang Pegawai dan 18 orang Lain-lain Pangkat.
Pegawai Tadbir, Lt M Mohammad Aniq Syamim bin Anuar telah berkongsikan pengetahuan berkaitan dengan Terrorisme. Hari Pengajian ini bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang keganasan yang berlaku di dalam negara dan pada peringkat ATM khususnya supaya anggota menjadi lebih cakna tentang penglibatan dalam aktiviti sedemikian.
Sumber: 21 SS GK