KPS dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai di atas segala jasa, bakti, sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Seluruh warga RSD mengucapkan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih kepada semua bakal pesara di atas segala keringat yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan terutamanya untuk memajukan kor RSD. Selamat bersara.
Sumber: Jab RSD