KUALA LUMPUR, 11 Jun 25: Taklimat Pengurusan Kerjaya Pegawai RSD Zon Kuala Lumpur dan Sungai Besi telah diadakan di Auditorium Binary, Kem Haigate ATM, Kuala Lumpur. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah Sumber Manusia Jabatan Arah RSD, Kol Mohammed Rizal bin Zakaria. Tujuan taklimat adalah untuk menjelaskan perihal pengurusan kerjaya pegawai RSD, pembangunan dan perancangan kerjaya pegawai RSD serta menghebahkan Garis Panduan Pengurusan Kerjaya pegawai RSD yang telah ditetapkan oleh Cawangan Sumber Manusia, Jabatan Arah RSD.
       Selain itu, taklimat turut menyentuh mengenai Angkatan Masa Hadapan - Domain Daratan dan Kajian Way Forward TD sebagai makluman serta pendedahan awal kepada pegawai RSD. Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis, Pegawai Memerintah dan para pegawai sekitar Lembah Klang dan Sungai Besi.
Sumber: Jab RSD