KUALA LUMPUR, 5 Jun 25: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Kolonel Yang DiPertua RSD telah perkenan menerima sembah mengadap Mantan Pengerusi RSD, Mej Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra dan Ketua Pegawai Semboyan merangkap Pengerusi RSD yang baharu, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis di Istana Negeri Sembilan, Cangkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Tujuan sembah mengadap ini adalah bagi memperkenalkan Pengerusi RSD yang baharu dan pegawai-pegawai Kanan RSD yang telah dinaikkan pangkat pada tahun 2025 iaitu Mej Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra, Mantan Pengerusi RSD, Brig Jen Rosli bin Maarof, Pengarah Peperangan Informasi, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) dan Brig Jen Ahmad Jais bin Tasliman, Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA TD) serta Sembah Maklum Aktiviti RSD bagi Tahun 2025.
Sumber: Jab RSD