KUALA LUMPUR, 30 Mei 25: Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja bersama Kursus Pegawai Muda RSD telah menganjurkan Majlis Happy Hour yang diadakan di Wisma Perwira RSD.
        Majlis dimulakan dengan ketibaan Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis dan Mantan Pengerusi RSD, Mej Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra disusuli dengan Jamuan Makan, Sesi Karaoke dan Indoor Games. Majlis turut meraikan Sambutan Hari Kelahiran pegawai-pegawai RSD bermula dari bulan Januari hingga bulan Mei tahun ini.
        Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk beramah mesra dan mengukuhkan hubungan silaturahim di antara ahli wisma. Turut hadir, Pengarah Kanan OS&P, BSEP, Brig Jen Ts. Hamidi bin Achin, Pengarah PI, MDIO, Brig Jen Rosli bin Maarof, Komandan INSPEKA TD, Brig Jen Ahmad Jais bin Tasliman, pegawai-pegawai kanan serta pegawai RSD sekitar Lembah Klang.
Sumber: Jab RSD