KUALA LUMPUR, 9 Mei 25: Kejohanan Piala KPS Tahun 2025 telah dianjurkan secara karnival bermula 28 Apr 25 hingga 9 Mei 25. Sebanyak 8 pasukan gabungan RSD telah mengambil bahagian pada tahun ini.
        Kejohanan pada kali ini menyaksikan 3 jenis sukan sahaja yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring, dan Bola Sepak. Perlawanan akhir Bola Sepak menyaksikan pasukan Gabungan 71 RSDPMB telah berjaya menumpaskan pasukan Gabungan IKED yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak B Kem KEMENTAH.
        Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis telah hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menyempurnakan acara penutup dan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Sukan Piala KPS Tahun 2025.
        Pasukan Gabungan 71 RSDPMB telah dinobat sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Piala KPS pada kali ini. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan RSD serta para jemputan.
Sumber: Jab RSD