KUALA LUMPUR, 18 Apr 25: Brig Jen Rosli bin Maarof telah dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur.
        Brig Jen Rosli bin Maarof akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Peperangan Informasi, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO). Syabas dan tahniah diucapkan daripada warga Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: Jab RSD