KEMENTAH, 15 Apr 25 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Semboyan telah dilaksanakan di Pusat Operasi Semboyan, Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja disaksikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan serta Pegawai Kanan RSD. Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan tongkat kuasa di antara Pemangku Ketua Pegawai Semboyan, Kol Mohammed Rizal bin Zakaria dengan Brig Jen Dato’ Dr Adnan bin Ajis selaku Ketua Pegawai Semboyan Ke – 19 yang baharu.
       Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan diakhiri dengan acara simbolik meletakkan gambar KPS ke-19. Seluruh warga Rejimen Semboyan Diraja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Brigedier Jeneral Dato' Dr Adnan bin Ajis di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Semboyan Ke-19.
Sumber: Jab RSD