KUALA LUMPUR, 25 Mac 25: Jab RSD telah melaksanakan pemeriksaan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan kepada staf pegawai serta LLP Jab RSD. Pemeriksaan ini telah dilaksanakan oleh PS 1 Kor dan SMR Kor di perkarangan luar Surau An-Nur, 93 RSD. Seterusnya, Majlis Khatam Al - Quran Jab RSD Tahun 2025 telah disempurnakan di Surau An – Nur oleh staf pegawai dan LLP Jab RSD.
Majlis turut diisi dengan penyampaian cenderahati oleh Pemangku Ketua Pegawai Semboyan, Kol Mohammed Rizal bin Zakaria kepada staf pegawai dan LLP Jab RSD yang telah mengambil bahagian dalam Tadarus Al-Quran pada tahun ini.
Selesai majlis, acara diteruskan dengan perjumpaan Pemangku Ketua Pegawai Semboyan bersama staf pegawai dan LLP Jab RSD bertujuan memberi pesanan agar mengutamakan keselamatan dan memandu kenderaan dengan cermat sepanjang musim perayaan ini.
Sumber: Jab RSD