PORT DICKSON, 12 Mac 25: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli berangkat untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga RSD dan KJLJD bertempat di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Port Dickson. Turut mencemar duli, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Majlis dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa diikuti dengan Solat Maghrib. Majlis diteruskan dengan Santapan Malam, Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih berjemaah. Majlis diakhiri dengan santapan moreh.
Turut hadir adalah Mejar Jeneral Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah, Pengerusi KJLJD, Mejar Jeneral Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra, Pengerusi RSD, Brig Jen Zamri bin Othman, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brig Jen Dato' Ts. Haji Ahmad Jaidi bin Ali, Pengarah KJLJD dan Kol Mohammed Rizal bin Zakaria,, Pemangku Ketua Pegawai Semboyan. Majlis ini juga turut melibatkan Pegawai dan anggota dari kor RSD dan KJLJD.
Sumber: Jab RSD