SETAPAK, 10 Nov 24: Aktiviti Keagamaan Kristian Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja Ke - 72 telah dilaksanakan di Church of Good Sheperd, Setapak, Kuala Lumpur.
     Aktiviti ini telah dihadiri seramai 62 anggota LLP beragama Kristian sekitar Lembah Klang yang diketuai oleh PW 1 (YoS) Cassidy Asoi anak Chang. Aktiviti keagamaan ini merupakan antara aktiviti kerohanian yang dilaksanakan bersempena dengan HUT RSD Ke - 72.
Acara ini dimulakan dengan upacara sembahyang, pemotongan kek HUT dan diakhiri dengan acara bergambar.
Sumber: Jab RSD