PAPAR, 31 Okt 2024: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan sudi meluangkan masa untuk menyantuni Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara), veteran RSD di Papar, Sabah. Dalam kunjungan muhibbah tersebut, pelbagai kenangan manis beliau semasa di dalam perkhidmatan diimbas bersama Tan Sri PTD.
Dalam kunjungan ini juga Tan Sri PTD turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada beliau. Kunjungan ini membuktikan keprihatinan kepimpinan TDM bukan sahaja kepada warga TDM yang masih berkhidmat, bahkan para Veteran TDM juga turut tidak terkecuali.
Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan Warga RSD mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan kesudian Tan Sri PTD menyantuni veteran RSD. Semoga ukhwah yang dibina terjalin erat sepanjang hayat.
Sumber: Jab RSD