241027
KUALA LUMPUR, 27 Okt 24: Duli Yang Maha Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Majlis Hi-Tea bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Dewan Temu, Menara Kuala Lumpur.
     Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan dianjurkan secara bersama antara RSD dan KJLJD. Acara bermula dengan ketibaan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan dihiasi dengan pelbagai persembahan pentas oleh RSD dan KJLJD dengan diiringi Kumpulan De’ Electras.
Turut hadir kerabat-kerabat diraja, Isteri Pengerusi Kor RSD, Datin Zaleha binti Ayob, Isteri Pengerusi Kor KJLJD, Datin Norazizah binti Mahat, isteri dan pegawai RSD dan KJLJD.
Sumber: Jab RSD