KUALA LUMPUR, 6 Feb 25: Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Surau An Nur, Kem Imphal bagi memperingati Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin Ibni Tuanku Muhriz. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Mej Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra turut dihadiri oleh Pegawai Kanan, pegawai dan anggota LLP dari pasukan RSD sekitar Lembah Klang.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat zohor sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengahari di pasukan 93 RSD.
Sumber: Jab Arah RSD