KUALA LUMPUR, 3 Feb 25: Ketua Pegawai Semboyan dan seorang pegawai Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah dinaikkan pangkat kepada Mej Jen manakala Mej Hasmidi bin Mat Ghazi dinaikkan pangkat kepada Lt Kol.
Syabas dan tahniah diucapkan daripada warga Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: Jab RSD